Assalamualaikum....
Terkebih dahulu lily ingin memohon maaf kerana blog ini lama tidak dikemaskini. Kesihatan tidak mengizinkan....jadi lily banyakkan berehat sahaja. Alhamdulillah , sakit juga rezeki....sebagai kaffarah dosa-dosa kita. Dan maaf pada semua pembaca setia yang tertunggu-tunggu entri terbaru dari lily.
Apa yang ingin lily kongsikan hari ini dari kisah yang berlaku semalam ketika dalam perjalanan dari tempat kerja untuk pulang ke rumah. Kebiasaannya suami yang akan datang menjemput lily dan anak-anak...minggu ini kerana memenuhi tuntutan kerjanya....suami perlu bertugas luar kawasan selama seminggu. Lily pulang sendiri. Dari tempat kerja ke pondok menunggu bas tidaklah jauh, hanya dalam 30 langkah. Namun kerana cuaca hujan , jalan licin jadi langkah pun perlahan dan berhati-hati. Sebelum pulang seorang kawan membekalkan lily dengan kek dan kuih muih jamuan yang masih belum terusik lagi.
Kek dan kuih-muih.
Sampai di pondok menunggu, MasyaAllah...penuh dan tiada tempat untuk duduk. Dalam hati saya berbisik "Ya Allah, hujan ini rahmatmu, rezeki untukku, kau bantulah aku melalui kesulitan ini". Lily perlu sampai awal untuk menjemput Adni dan adra pula. Selepas 15 minit menunggu bas pun tiba. Masuk ke dalam perut bas, sekali lagi. MasyaAllah...ramainya orang, penuh dari depan ke belakang dan tiada tempat kosong. Dalam kesejukan...kaki ini memang tiada daya lagi untuk berdiri, tangan pula tidak kuat berpaut pada pemegang kerana memegang beg dan barang lain. Cuma pandangan kosong yang mampu diberi.
Dan ketika tubuh hampir rebah ke lantai kerana pemandu yang menekan pedal brake secara tiba-tiba, seorang hamba Allah menyentuh tangan kananku. Bisik gadis itu " Akak duduklah, biar saya berdiri" sambil dia bangun dari tempatnya untuk memberi tempat duduknya padaku. Saya bisikkan kembali padanya " terima kasih dik". Bergenang air mata dikelopak mata saya ketika itu. Ya Allah betapa kerdilnya aku tanpamu. Allahu Akbar..Allahu Akbar betapa besarnya kuasamu. Kau titkan hamba Allah yang berjiwa besar penuh kasih dan belas kasihan untuk memberi bantuan padaku.
Waktu itu yang bemain difikiran cuma satu. Betapa kerdilnya aku. Kerdilnya kita manusia ciptaan Allah yang selalu lalai. Berapa kerapkah kita bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Kita nampak tapi tidak melihat dan menilai. Kita sering jahil menilai kasih sayang Allah. Tak dapat dibayangkan tanpa pertolongan Allah yang menitipkan seorang gadis dan melembutkan hatinya untuk memberi bantuan. Ya...sudah tentu dalam keadaan perut yang makin membesar, kesejukan, badan yang lemah saya sudah jatuh tersembam ke lantai. Alhamdulillah...Alhamdulillah..hari ini saya disedarkan oleh Allah juga. Nikmat dan rezeki Allah itu terlalu luas hingga tidak terhitung banyaknya. Semoga tulisan ini memberi manfaat pada sesiapa juga. Wallahua'lam. Assalamualaikum.
Firman Allah yang bermaksud,
"Kerana itu Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmatku". (Surah Al-baqarah :152)
Kecantikan datang dari kesihatan. Kesihatan datang dari kebersihan. Kebersihan hasilkan ketenangan. Ketenangan punca keimanan. |
No comments:
Post a Comment