Friday 15 December 2017

Petua simpan ikan supaya kekal segar.

Assalamualaikum korang,  

Harini lily nak santai-santai je cerita pasal ikan. Ehhehe,  ikan oh ikan. Yelah kita kaum ibu ni kan manager dapur. Bapak2 supply barang,  kita yang mengurusnya tak gitu. 

Lily mula apply semua segala mak nenek tips dan petua ni sebab kami ni kalau membeli ikan jauh yakmat. Hahaha. Duduk di putrajaya,  beli ikan di kuala selangor. Hihi. Korang beli ikan kat mana? Sebabnya nak ikan yang betul2 fresh naik dari laut gitu hah.  

Selalunya kita budget dalam RM100 - 200. Stok untuk sebulan lah ni. Ok berbalik pada tajuk asal kita,  tips simpan ikan setelah menggoogle dan menginsta sana sini situ sinun. Inilah kesimpulannya. 

Tips 1

Waktu membeli,  pilihlah ikan yang betul-betul segar. Ikan yang masih berkilat,  insangnya masih merah. Isi ikan pejal. 

Tips 2

Lepas beli ikan,  nak bawak balik tu. Simpan dalam aisbox yang polistrene tu. Alah bukan mahei pun. Bawah seploh hengget harganya. Isi ikan dalam tu,  pastu letak ais. 

Tips 3

Agar ikan tetap segar. Siang ikan elok2. Buang semua tahik dan darah ikan. Cuci bersih2. Bersih tau. Sampai hilang semua darah ikan tu. 

Tips 4

Lepas dah cuci,  ambil limau,  hiris kan dan rendam ikan dalam air yang ada limau tu dalam 10 - 15 minit. Kemudian toskan

Tips 5

Dah elok tos ikan tu,  simpan ikan mengikit kuantiti sekali masak dalam bekas ok. Ingat,  sekali masak. Supaya bila nak masak keluarkan sebekas je. 

Jangan dok keluo masuk keluo masuk ikan tu. Nanti pitam dia. Habis isinya jadi tawar. Yelah kecewa ikan tuh sebab korang tak jaga dia elok2. Boleh dah mula apply petua2 ni ok. Bye. 





Kecantikan datang dari kesihatan.
Kesihatan datang dari kebersihan.
Kebersihan hasilkan ketenangan.
Ketenangan punca keimanan.

My breastfeeding journey - Part 1

Assalamualaikum wtb

Indahnya cuaca petang jumaat,
Angin bertiup sepoi bahasa, 
Andai dapat menjamah kuih lepat, 
Tentu manis tekak terasa. 

Wah... Berpantun gitu. Bukan apa..... Sekadar menghiburkan hati sendiri. Alhamdulillah sekarang rasa diri dah lebih kuat setelah sepanjang tahun 2017 ni banyak perkara yang berlaku. Kita manusia ni tak terkecuali dari menerima ujian dan dugaan dari Allah. Namun bersyukurlah ke atas apa sahaja bentuk kurniaan Allah,  ujian itu untuk menguatkan keyakinan kita pada Allah. 

Berbalik pada tajuk entry kali ini,  lily nak share "breastfeeding journey" lily kali ni. Yelah,  anak ke lima dah kan. Dah terlampau banyak onak duri dan pancaroba yang diharungi sebelum ni menjadikan lily lebih kuat semangat. Alhamdulillah.  Maha suci Allah. 

Anak kelima lily,  Azzahra namanya. Sewaktu masih dalam pantang lagi,  lily dah start pam susu untuk dia. Sebab lepas lahir azzahra kena admit nicu due tu nnj (neonatal jaundice/kuning) dan sebab lily ada gbs positive sewaktu mengandungkan dia. Maka terkial-kiallah lily dgn suami berulang ke nicu untuk menghantar susu dan menyusukan dia. Lepas 5 hari alhamdulillah dapat discaj. 

Bermulalah saban hari lily mengepam susu untuk azzahra. Namun resultnya tak seperti yang lily harapkan. Susu taklah sederas yang diharapkan seperti sebelum2 ni. ( refer pada 4 orang anak sebelum ni). 

There you go,  start lah apa yang dipanggil "pospartum depression". Haha,  time ni sikit2 moody,  sikit2 sedih,  sikit2 sendu,  sikit2 nangis. Sampai laki pun naik pening. Stress susu tak banyak. Stress badan belum pulih. Stress pantang sendiri. Mak mentua and mak jaga 3 minggu. Lepas tu pantang sendiri.

Masak,  mencuci,  menjaga anak2 semua sendiri dengan hasben. Tapi saya tak biarkan perkara ni berlarutan. Saya baca banyak journal,  dan macam2 lah yang saya baca dari blog2 pasal postpartum depression. Its normal ladies. Normal ok. Just bagi masa pada diri sendiri untuk pulih,  because the more you menangis,  the more you become stress. 

Antara blog yang saya selalu baca ialah blog Dr Halina. Saya follow fb Dr Taufiq Razif,  fb Dr Wan Maseri. Dari situ saya dapat banyak juga tips nak uruskan stress. Dan suami pun banyak sokong dan membantu. Sebab tiap kali menangis bahu dia lah yang ku cari giteww. Hahaha. 

Suami carikan saya vitamin,  yes i need a lot of vitamin. Vitamin c beli kat farmasi je. Dan start jaga diet. Diet ni bukan maksud nak kurus ye. Tidak sama sekali. Hehehe. Diet saya supaya apa yang saya makan menjadi susu. Saya ambil banyak protein,  karbo,  vitamin dari makanan harian. Ikan,  sayur,  buah2an . Contonnya tomato,  carrot,  kentang, minum susu. Semua saya banyakkan makan tu. 

And yess,  ia sangat membantu. Saya perasan susu makin bertambah. Saya banyakkan baca Quran untuk tenangkan hati saya supaya taklah sikit2 nangis. Cengeng sangat. Kesian kat laki penat nak pujuk. Hahaha. Ada lagi beberapa tips yang saya dapat dari blog Asiah Maharam dan Dr halina. Yang tu saya share next post ok. 

Till we meet again,  
Lily. 



Kecantikan datang dari kesihatan.
Kesihatan datang dari kebersihan.
Kebersihan hasilkan ketenangan.
Ketenangan punca keimanan.

Tuesday 31 October 2017

BUKAN STOKIS DCL

Assalamualaikum

Sekian lama menyepi dan blog ini menjadi semakin sunyi. Maaf pada korang semua yang setia membaca. Diharap korang semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. 

Satu pengumuman penting untuk korang,  lily kini bukan lagi stokis DCL.  Maaf pada semua yang masih call dan whatsapp lily bertanyakan tentang produk DCL.  Kadang tak terlayan dan tak mampu nak balas kerana kekangan masa.   Maafkan lily ye. 

Apa-apa pun lily nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana masih sudi singgah di blog ini. Dalam blog ni lily ada juga share mengenai tips-tips kesihatan kan. InsyaAllah lily akan terus menulis. Namun bukan dalam tempoh terdekat ini. Lily masih dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin baru. 

Kenapa rutin baru?  Next post kita cerita okeh. 😊
Kecantikan datang dari kesihatan.
Kesihatan datang dari kebersihan.
Kebersihan hasilkan ketenangan.
Ketenangan punca keimanan.

Tuesday 25 March 2014

PRICE CUT | BIDADARI xo


Penjimatan sebanyak RM50 dengan pembelian 2 botol Bidadari xo bersaiz 375ml.
*Percuma kad diskaun seumur hidup
*Percuma kit produk
*Buku mini MMR


Hubungi :-
Whatsapp | call | sms Lily@0194575765

Friday 21 March 2014

Lily on Holiday | Mac 2014


Lily akan bercuti selama 4 hari bermula dari 21 Mac hingga 24 Mac 2014. Sebarang pembayaran dan pesanan produk yang dilakukan dalam tempoh ini, akan diposkan pada hari selasa (25 Mac).

Tuesday 18 March 2014

Hukum Maki Hamun Dalam Hati

Sedikit perkongsian buat peringatan diri sendiri dan sahabat sekalian.

Dari episod Kalau Dah Jodoh@AstroOasis

Soalan ->

Apakah hukum maki hamun dalam hati?

Jawapan ->

Selagi masih belum dilafazkan atau dizahirkan, ia masih tidak dikira.

Betapa Allah swt sangat menyayangi kita hambanya. Walaupun telah terdetik kata-kata yang tidak elok di dalam hati, tetap ianya tidak dikira.

Berbeza pula hukumnya apabila berbuat kebaikan dan kebajikan, walaupun hanya berniat tetapi masih belum dizahirkan secara perbuatan, sudah dikira dan ganjarannya pahala.

*Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat.

Wednesday 12 March 2014

Hari Ulang Tahun



Wewittt...cun kan??
Feeling macam baru kawen je. Hihihi. 
Dah 5 tahun rupanya.
Sempena Ulangtahun Perkahwinan Lily 
yang ke 5 pada bulan Mac ini,
ada promosi best untuk korang semua. 

Nak tahu promosinya?? 
Boleh klik pada link >> Promosi Ulang Tahun