Thursday, 31 October 2013

Menjemput Rezeki | Formula 1

Formula 1 | 24434 dan sambungan 83 

Assalamualaikum sayang-sayang semua, sahabat-sahabat yang lily sayangi....semoga kita semua rasa bahagia , sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Hari ni lily cuma nak kongsikan dengan korang semua mengenai formula yang lily mula amalkan perlahan-perlahan dan sedikit demi sedikit. Iaitu formula 24434 dan sambungan 83. Lily rasa....pasti ramai yang dah dapat meneka apakah disebalik angka 24434 dan 83 ini.

Formula ini lily dapat dari pembacaan buku bertajuk "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan Fathuri Salehuddin. Rumusan dari pembacaan lily, kita selama ini melihat rezeki itu dengan konsep yang begitu sempit. Iaitu rezeki = duit , rezeki = harta , dan lagi rezeki = kemewahan , rezeki = pangkat , nah..begitu sempit pemikiran kita. Sedangkan yang dinamakan rezeki itu sebenarnya seluas-luasnya alam ini adalah rezeki. 

Allah  itu begitu menyayangi kita hambanya, setiap hari meminjamkan kita 24 jam tanpa perlu membayar 1 sen pun, meminjamkan kita nafas dan nyawa tanpa cagaran apa pun. Tapi kita...dalam 24 jam yang dipinjamkan, berapa jam yang kita peruntukkan untukNYA...mengingatiNYA?? 2 jam? 4 jam? 8 jam? atau tiada langsung??

Kita selalu lupa dan leka dengan nikmat rezeki yang kita dapat setiap hari. Nikmat sihat, nikmat kasih sayang, nikmat berkeluarga, nikmat bermasyarakat, nikmat umur yang panjang, nikmat pelbagai makanan yang enak, nikmat pekerjaan. Cuba bayangkan  jika sakit..apa yang dapat kita lakukan?? Jika tiada ahli keluarga disisi dan kita hidup sebatang kara...tak sunyi ke hidup kita??? Jika tiada orang yang menyayangi kita seperti sekarang?? Jika hidup dalam komuniti yang sering bertengkar dan bergaduh rasa amankah kita?? Jika kita menghidap pelbagai penyakit dan hanya boleh menjamah makanan yang tawar rasanya?? Jika kita tiada pekerjaan yang baik seperti sekarang??

Baca dan amalkan formula ini. Bangun malam dan lakukan formula 24434 dan sambungan 83. Bagaimana formula ini?? Sesungguhnya apa sahaja yang bernama rezeki akan sampai pada kita dengan master key ini. Amalkan solat 5 waktu cukup dan tepat pada masanya,  subuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat diikuti maghrib dan asik 3 dan 4 rakaat. Dan sambungannya bangunlah pada sepertiga malam yang pertama untuk melakukan solat tahajjud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat. Khusus untuk menghubungi Allah.

Bagaimana menghubungi Allah dengan nombor-nombor ini? Dalam sahih muslim terdapat riwayat daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah bersabda : 

Allah s.w.t turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka dia berkata : "Aku adalah Sang Raja, siapa sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengkabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapa sahaja yang emohon keampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dia tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar."

Dan jaminan Allah di bawah  ini :

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada  mereka) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku ( dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah Al-Baqarah 2 : 186)

Begitu besar kasih sayang Allah kepada kita hambanya, dari 24 jam yang diberikan, kita tidak ragu-ragu memperuntukkannya untuk melakukan pekerjaan kita dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Mengapa kita perlu berkira untuk menghubungi dan meminta sendiri dengan Allah yang Maha Mendengar setiap malam? Dan permulaannya....solat 5 waktu yang cukup dan tepat pada waktunya.

Inilah formulanya 24434 dan sambungan 83. Gunakanlah, amalkanlah untuk terus..terus..dan terus menghubungi Allah. Mintalah apa sahaja daripa DIA. Sesungguhnya Allah sangat menyayangi hambanya. Formula 2 pada entri yang akan datang. Mulakan dari sekarang, hari ini...dan jika anda melihat jam di tangan sekarang telah hampir waktu solat...matikanlah komputer anda dan teruslah mengambil wudhu' dengan sempurna dan mohonlah kepadaNYA.


Kecantikan datang dari kesihatan.
Kesihatan datang dari kebersihan.
Kebersihan hasilkan ketenangan.
Ketenangan punca keimanan.



No comments:

Post a Comment