Friday, 15 November 2013

Kisah Adra | Part 1

Hospital Putrajaya

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua...
Apa yang bakal lily kongsikan pada entri kali ini ialah kisah mengenai anak ke-2 lily, Adra. Cerita bermula apabila adra sering diserang demam, saban hari dan ...badan adra makin susut. Antibodinya sangat lemah. Setiap bulan perlu follow up di klinik dan berjumpa doktor. Kemuncaknya apabila adra diserang demam, cirit birit dan muntah-muntah yang teruk sekaligus. Malam tu adra cirit-birit hampir 25 kali. Tengah malam jam 2 pagi kami bawa dia ke hospital kajang. Kata doktor yang memeriksa "adalah biasa kanak-kanak seumur adra cirit birit, mungkin tersilap makan, kami tak boleh buat apa-apa". Adra hanya dibekalkan dengan air garam. Jawapan doktor bertugas sangat mengecewakan. Kami bawa adra balik dengan perasaan yang hampa.

Hingga ke siang hari, keadaan adra masih sama, menangis sepanjang masa dan cirit biritnya tidak juga berkurangan. Adra mula tak selesa, bahagian punggung dah mula melecet dan kemerahan akibat kerap curit-birit. Tengahari tu lily dan suami gagahkan hati bawa pula Adra ke bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Setelah melalui pemeriksaan doktor, disahkan adra dijangkiti AGE (Acute Gastroenteritis), adra terus dimasukkan ke wad kanak-kanak. Lewat petang itu, adra ditukarkan pula ke bilik kuarantin. 1 bilik hanya ada 4 orang kanak-kanak, yang mempunyai simptom yang sama seperti adra. Punca utama AGE ialah sumber makanan yang tercemar. Kebetulan, beberapa hari sebelum tu kami baru pulang dari kampung di Perak, yang mana memang tengah berleluasa kes jangkitan AGE waktu tu. Dan dari situlah adra dijangkiti.


Hampir seminggu adra ditahan di wad, mengikut rutin yang perlu, setiap kali adra buang air kecil dan besar perlu ditimbang, setiap pagi dan petang perlu di ambil darah untuk memantau keadaan adra. Dan setiap kali menghantar adra untuk ke bilik mengambil darah, doktor menyuruh saya keluar bersiar-siar di hall hospital. Mana taknya, tak sanggup telinga ni nak dengar jeritan dan tangisan dia bila dicucuk, berkali-kali. Sayu sangat hati ni. Waktu ni, adni, anak lily yang sulung tinggal dengan papanya. Dalam hati ni, tak henti-henti berdoa supaya adra cepat sembuh. Badan dah makin susut, setiap hari pula kena cucuk, selera makan dia memang takde, cuma minum susu badan. Makan bubur pun, 2-3 suap je. Alahai...sayu betul hati mama masa ni. 
Hari ke -2 barulah adra boleh senyum dan bangun. Itu pun bangun sekejap-sekejap jer, lepastu baring semula. Badan adra dehidrated...sebabtu lemah je. Doktor pesan adra perlu minum banyak air putih, jadi mama kena sentiasa pegang botol air putih di tangan, dan catat sukatan air yang diberi dalam carta.Kepenatan jaga adra, siang malam tak tidur, lily pulak yang pitam hari ke-3 adra di hospital. Mujur ada nurse datang tolong. Alhamdulillah, layanan dari doktor, nurse dan staf wad kanak-kanak memang terbaik. Sampai kita jadi tertanya-tanya, waktu bila mereka ni tidur.

Beberapa hari adra ditahan di wad, mama dah rasa "homesick". Adra pun sama. Rimas dia jarum sentiasa melekat kat tangan. Masuk air, masuk ubat lagi. Sampai bengkak tangan adra. Bagi mainan pun dah tak mau main, resah kena duduk dalam katil baby jer, tak boleh kemana-mana pun.

Ok, gambar kat atas ni, muka adra happy jer,dia senyum memanjang ..macam tau2 pulak dia dah boleh discharge yer...rindukan rumah, riduka papa dan kakaknya. Kakak pun setiap hari tanya mana mama dan adik, bila nak balik....Kisah selanjutnya tentang perkembangan adra selepas keluar dari wad akan disambung pada entri yang akan datang. Jumpa lagi. Assalamualaikum.


Kecantikan datang dari kesihatan.
Kesihatan datang dari kebersihan.
Kebersihan hasilkan ketenangan.
Ketenangan punca keimanan.

No comments:

Post a Comment