Sunday, 24 November 2013

Kisah Adra | Part 2

Perkembangan Adra selepas keluar hospital
 Adra - 10 bulan
 Adra - 11 bulan
Adra - 11 bulan
(Follow up di Hospital Putrajaya)
Adra - 1 tahun 2 bulan


Gambar-gambar di atas ialah perkembangan Adra selepas keluar dari hospital. Dan selepas kuarantin se;ama seminggu di rumah (atas nasihat doktor adra perlu dikuarantin) Adra masih kerap dapat demam, batuk dan selsema. Bila tidur pun selalu berbunyi "krohh....krohh....krohhh..." , bunyi kahak yang banyak berkumpul. Dua minggu sekali, akan follow up dengan pakar kanak-kanak dan pakar pemakanan di hospital Putrajaya. Dan setiap bulan follow up di klinik. Setiap kali follow up kena ambil darah, air kencing. Apa lagi...menjerit-jerit lah dia sakit kena cucuk. Penuh la tangan dengan kesan jarum. Ini yang buat kami lagi susah hati. Kesian tengok Adra.

Keadaan Adra masih sama, berat pun cuma naik 0.05 kg dalam sebulan dan kadang-kadang cuma naik 0.02kg. Itupun dah bagi menu diet yang disarankan oleh pamar pemakanan. Mama kena buat makanan yang lain dari menu kanak-kanak yang biasa untuk adra. Diet adra perlukan makanan yang tinggi serat dan karbohidrat. Macam-macam yang kami usahakan, antibiotik , vitamin dan segala macam supplemen di cuba. Perubahannya tak seperti yang kami harapkan. Demam, sakit , berjaga malam, tak boleh dikira dah waktu ni, bergilir-gilir dengan suami jaga adra.

Dah rasa give up juga bila perkembangan dan perubahan adra tak seperti yang diharapkan. Yelah...nak bawa dia kemana-mana pun susah hati, sebab kerap sangat demam, sampai kami rasa fobia nak bawak dia keluar berjalan. Sebabnya bila tak sihat, asyik meragam, menangis, bila pergi tempat yang ramai orang dia rasa tak selesa. Mulalah menangis jer. Kami pun tak selesa nak bawa dia berjalan jauh.

Penghujung 2012, lily nekad. Apa cara sekalipun, Adra mesti sihat. Masa tu dalam hati kata "Apa guna aku jadi mak, kalau tak boleh buat apa-apa untuk anak". Pencarian bersama suami pun bermula.

Setiap malam kami google internet cari petua, tips , cari juga cara supaya adra sihat, tanya sedara mara, adik beradik, dan sampailah kami terjumpa dengan Set Anak Sihat (klik link ini Set Anak Sihat  dan minyak nig'ella (minyak habbatussauda') yang sangat membantu dalam membina semula kesihatan Adra.



Kecantikan datang dari kesihatan.
Kesihatan datang dari kebersihan.
Kebersihan hasilkan ketenangan.
Ketenangan punca keimanan.




No comments:

Post a Comment