Indahnya cuaca petang jumaat,
Angin bertiup sepoi bahasa,
Andai dapat menjamah kuih lepat,
Tentu manis tekak terasa.
Wah... Berpantun gitu. Bukan apa..... Sekadar menghiburkan hati sendiri. Alhamdulillah sekarang rasa diri dah lebih kuat setelah sepanjang tahun 2017 ni banyak perkara yang berlaku. Kita manusia ni tak terkecuali dari menerima ujian dan dugaan dari Allah. Namun bersyukurlah ke atas apa sahaja bentuk kurniaan Allah, ujian itu untuk menguatkan keyakinan kita pada Allah.
Berbalik pada tajuk entry kali ini, lily nak share "breastfeeding journey" lily kali ni. Yelah, anak ke lima dah kan. Dah terlampau banyak onak duri dan pancaroba yang diharungi sebelum ni menjadikan lily lebih kuat semangat. Alhamdulillah. Maha suci Allah.
Anak kelima lily, Azzahra namanya. Sewaktu masih dalam pantang lagi, lily dah start pam susu untuk dia. Sebab lepas lahir azzahra kena admit nicu due tu nnj (neonatal jaundice/kuning) dan sebab lily ada gbs positive sewaktu mengandungkan dia. Maka terkial-kiallah lily dgn suami berulang ke nicu untuk menghantar susu dan menyusukan dia. Lepas 5 hari alhamdulillah dapat discaj.
Bermulalah saban hari lily mengepam susu untuk azzahra. Namun resultnya tak seperti yang lily harapkan. Susu taklah sederas yang diharapkan seperti sebelum2 ni. ( refer pada 4 orang anak sebelum ni).
There you go, start lah apa yang dipanggil "pospartum depression". Haha, time ni sikit2 moody, sikit2 sedih, sikit2 sendu, sikit2 nangis. Sampai laki pun naik pening. Stress susu tak banyak. Stress badan belum pulih. Stress pantang sendiri. Mak mentua and mak jaga 3 minggu. Lepas tu pantang sendiri.
Masak, mencuci, menjaga anak2 semua sendiri dengan hasben. Tapi saya tak biarkan perkara ni berlarutan. Saya baca banyak journal, dan macam2 lah yang saya baca dari blog2 pasal postpartum depression. Its normal ladies. Normal ok. Just bagi masa pada diri sendiri untuk pulih, because the more you menangis, the more you become stress.
Antara blog yang saya selalu baca ialah blog Dr Halina. Saya follow fb Dr Taufiq Razif, fb Dr Wan Maseri. Dari situ saya dapat banyak juga tips nak uruskan stress. Dan suami pun banyak sokong dan membantu. Sebab tiap kali menangis bahu dia lah yang ku cari giteww. Hahaha.
Suami carikan saya vitamin, yes i need a lot of vitamin. Vitamin c beli kat farmasi je. Dan start jaga diet. Diet ni bukan maksud nak kurus ye. Tidak sama sekali. Hehehe. Diet saya supaya apa yang saya makan menjadi susu. Saya ambil banyak protein, karbo, vitamin dari makanan harian. Ikan, sayur, buah2an . Contonnya tomato, carrot, kentang, minum susu. Semua saya banyakkan makan tu.
And yess, ia sangat membantu. Saya perasan susu makin bertambah. Saya banyakkan baca Quran untuk tenangkan hati saya supaya taklah sikit2 nangis. Cengeng sangat. Kesian kat laki penat nak pujuk. Hahaha. Ada lagi beberapa tips yang saya dapat dari blog Asiah Maharam dan Dr halina. Yang tu saya share next post ok.
Till we meet again,
Lily.
Kecantikan datang dari kesihatan. Kesihatan datang dari kebersihan. Kebersihan hasilkan ketenangan. Ketenangan punca keimanan. |
No comments:
Post a Comment